Tatacara Bertayammum
Segala puji hanya kembali dan milik Allah Tabaroka wa
Ta’ala, hidup kita, mati kita hanya untuk menghambakan diri kita
kepada Dzat yang tidak membutuhkan sesuatu apapun dari hambanya. Sholawat dan
salam semoga senantiasa tercurah kepada Rasulul Islam, Muhammad bin
Abdillah shollallahu ‘alaihi wa sallam, beserta keluarga dan
para sahabat beliau radhiyallahu ‘anhum.
Mungkin tidak jarang dari kita melihat sebagian dari
saudara-saudara kita kalangan kaum muslimin yang masih asing dengan istilah
tayammum atau pada sebagian lainnya hal ini tidak asing lagi akan tetapi belum
mengetahui bagaimana tayammum yang Nabi shollallahu ‘alaihi was sallam ajarkan
serta yang diinginkan oleh syari’at kita. Maka penulis mengajak pembaca
sekalian untuk meluangkan waktu barang 5 menit untuk bersama mempelajari hal
ini sehingga ketika tiba waktunya untuk diamalkan sudah dapat beramal dengan ilmu
Definisi Tayammum
Tayammum dari segi bahasa ialah القصد (sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560)
Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267)
Maksudnya:
" Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat. "
Maksudnya:
" Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat. "
Dengan pengertian ini juga, penyair berkata:
Maksudnya:
" Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah."
Maksudnya:
" Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah."
Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud
'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan
dengan niat yang mengharuskan solat. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61)
Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu
atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat,
yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan)
bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. (M. Abd. Mujieb,
Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383)
Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan
pelbagai pentakrifan oleh para Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir
maksudnya. Imam Hanafi mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua
tangan dengan tanah yang bersih. Berkata Imam Malik pula tayammum bererti
bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi dengan menyapu muka dan
kedua-dua tangan dengan niat. Manakala Imam Syafi'e pula mentakrifkan tayammum
iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai
ganti kepada wudu' atau mandi janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat
yang tertentu. Mengikut pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka
dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. (Dr.
Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 560-561)
Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan
menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan
mandi dengan syarat-syarat yang tertentu. Tayammum merupakan spesifik umat
Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani Mustaliq tahun keenam hijrah.
Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah S.A.W mengutus orang
mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada, maka turunlah
ayat tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 79) Ini berdasarkan
hadis: (Riwayat al-Bukhari, (b) 332: 200)
Maksudnya:
" Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu hilang. Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin."
Maksudnya:
" Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu hilang. Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin."
Dalil pensyariatan tayammum
Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
serta Ijma'. Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."
Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W
bersabda: (Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313)
Maksudnya:
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Maka di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat, di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci."
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Maka di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat, di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci."
Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: (Riwayat al-Bukhari,
(b) 348: 161-162)
Maksudnya:
" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak bersembahyang bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Mendengar perkara itu, Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum); sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau."
Maksudnya:
" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak bersembahyang bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Mendengar perkara itu, Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum); sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau."
Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan
kesepakatan seluruh umat Islam (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 562)
Ibadat yang harus dikerjakan dengan bertayammum
Bersuci dengan bertayammum mengharuskan baginya tiga
martabat ibadah yang berikut:
Pertama : Solat-solat fardhu dan tawaf fardhu serta khutbah solat jumaat.
Kedua : Solat-solat sunat dan tawaf sunat serta solat jenazah.
Ketiga : Sujud Tilawah dan sujud Syukur, menyentuh musyhaf dan membaca
al-Quran bagi orang berjunub.
Pertama : Solat-solat fardhu dan tawaf fardhu serta khutbah solat jumaat.
Kedua : Solat-solat sunat dan tawaf sunat serta solat jenazah.
Ketiga : Sujud Tilawah dan sujud Syukur, menyentuh musyhaf dan membaca
al-Quran bagi orang berjunub.
Maka sesiapa yang berniat salah satu daripada martabat yang
pertama, harus baginya mengerjakan ibadat yang satu itu dan harus juga baginya
mengerjakan semua ibadat dalam martabat yang kedua dan ketiga. Sesiapa yang
berniat salah satu ibadat daripada martabat yang kedua, harus baginya
mengerjakan semua martabat itu dan semua ibadat martabat ketiga tetapi tidak
diharuskan samasekali baginya mengerjakan daripada martabat yang pertama.
Manakala sesiapa yang berniat untuk salah satu ibadat martabat ketiga, harus
untuknya mengerjakan semua ibadat dalam martabat ketiga tetapi tidak harus
samasekali mengerjakan ibadat dalam martabat kedua dan ketiga. (Al-Syeikh, Dr.
Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991: 229)
Hadas yang dibolehkan bertayammum
Diharuskan bertayammum sebagai ganti wudu' bagi seseorang
yang berhadas kecil, mandi junub bagi seseorang yang berhadas besar samada
disebabkan janabah, haid dan nifas atau ketika ketiadaan air serta tidak mampu
menggunakan air dengan apa jua sebab sekalipun. Ini berpandukan kepada
dalil-dalil al-Quran dan juga Hadis Nabi S.A.W sepertimana berikut:
i. Bertayammum Daripada Hadas Kecil:
Firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh perempuan, kemudian kamu tiada memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang suci, maka sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah itu."
Maksudnya:
" Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh perempuan, kemudian kamu tiada memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang suci, maka sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah itu."
Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 338:
241)
Maksudnya:
" Dua orang lelaki telah keluar untuk bermusafir, kebetulan ketika datangnya waktu sembahyang mereka tidak mendapati air, lalu bertayammumlah kedua-duanya dengan tanah yang baik dan bersembahyang. Kemudian kedua-duanya mendapati air, sedangkan waktu belum habis. Maka salah seorang mereka telah mengulangi sembahyangnya dan seorang lagi tidak mengulangi. Kemudian mereka berjumpa Rasulullah S.A.W. lalu menerangkan keadaan yang demikian. Setelah itu Rasul bertanya kepada yang tidak mengulangi sembahyangnya: ' Pekerjaan engkau sesuai dengan Sunnah dan sembahyang engkau mencukupi'. Kepada yang berwudhu dan mengulangi pula baginda berkata: ' Engkau memperoleh dua pahala'."
" Dua orang lelaki telah keluar untuk bermusafir, kebetulan ketika datangnya waktu sembahyang mereka tidak mendapati air, lalu bertayammumlah kedua-duanya dengan tanah yang baik dan bersembahyang. Kemudian kedua-duanya mendapati air, sedangkan waktu belum habis. Maka salah seorang mereka telah mengulangi sembahyangnya dan seorang lagi tidak mengulangi. Kemudian mereka berjumpa Rasulullah S.A.W. lalu menerangkan keadaan yang demikian. Setelah itu Rasul bertanya kepada yang tidak mengulangi sembahyangnya: ' Pekerjaan engkau sesuai dengan Sunnah dan sembahyang engkau mencukupi'. Kepada yang berwudhu dan mengulangi pula baginda berkata: ' Engkau memperoleh dua pahala'."
ii. Bertayammum Daripada Hadas Besar:
Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa': (An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub (sudah bercampur dengan isterimu), kecuali melalui jalan (tempat sembahyang), sehingga kamu mandi lebih dahulu. Kalau kamu sakit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang diantara kamu dari tempat buang air atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak memperoleh air, maka hendaklah kamu bertayammum…"
Kemudian, dalil hadis tentang janabah: (Riwayat al-Bukhari, (b) 344: 210)
Maksudnya:
" Dari 'Imran bin Hussain al-Khuza'iy bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melihat seorang lelaki yang menyendiri, sedang dia sendiri tidak ikut mengerjakan solat bersama-sama satu kaum. Baginda bertanya kepadanya: 'Apakah yang menghalangi kamu untuk ikut bersembahyang bersama-sama kaum itu?' Kemudian orang tadi menjawab: ' Wahai Rasulullah, saya sedang junub dan tidak ada air.' Baginda lalu bersabda: " Lakukanlah tayammum dengan tanah yang bersih dan itu sudah cukup bagimu. "
" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub (sudah bercampur dengan isterimu), kecuali melalui jalan (tempat sembahyang), sehingga kamu mandi lebih dahulu. Kalau kamu sakit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang diantara kamu dari tempat buang air atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak memperoleh air, maka hendaklah kamu bertayammum…"
Kemudian, dalil hadis tentang janabah: (Riwayat al-Bukhari, (b) 344: 210)
Maksudnya:
" Dari 'Imran bin Hussain al-Khuza'iy bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melihat seorang lelaki yang menyendiri, sedang dia sendiri tidak ikut mengerjakan solat bersama-sama satu kaum. Baginda bertanya kepadanya: 'Apakah yang menghalangi kamu untuk ikut bersembahyang bersama-sama kaum itu?' Kemudian orang tadi menjawab: ' Wahai Rasulullah, saya sedang junub dan tidak ada air.' Baginda lalu bersabda: " Lakukanlah tayammum dengan tanah yang bersih dan itu sudah cukup bagimu. "
Sebab-sebab Yang Mengharuskan Tayammum
Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang
menyebabkan seseorang boleh bertayammum sebagai berikut:
1) Ketiadaan air:
Para Fuqaha' menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu
penyebab diharuskan bertayammum. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah:
(An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" …lalu tidak kamu peroleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)".
Maksudnya:
" …lalu tidak kamu peroleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)".
Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian
dan menyakini tiadanya air yang membolehkannya untuk bertayammum. Selain itu,
termasuk juga ke dalam pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit yang
tidak cukup untuk wudu' atau mandi, dan ada air tetapi harganya melebihi harga
pasaran sehingga sulit membelinya. Termasuk juga, adanya air tetapi berada di
tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya mengalami kesulitan.
Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai
untuk berwudu' atau mandi wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi,
kemudian diiringi dengan tayammum pada bahagian anggota wudu' atau badan yang
belum terkena air. Abu Hurairah r.a berkata, bersabda Rasulullah S.A.W:
(Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036 )
Maksudnya:
" Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan, jauhilah ia, dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu urusan, maka kerjakanlah seberapa yang kamu sanggupi".
Maksudnya:
" Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan, jauhilah ia, dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu urusan, maka kerjakanlah seberapa yang kamu sanggupi".
Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli
dengan harga pasaran. Maka wajib membelinya sekiranya harta itu tidak
diperlukan untuk menjelaskan hutang atau menanggung belanja musafir sekalipun
memberi nafkah kepada binatang yang dihormati dan sebagainya. (Dr. Wahbah
al-Zuhaili. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila ada orang yang berbaik hati
untuk memberi air. Di samping itu bila seseorang dalam perjalanan lupa bahawa
dia membawa air, lantas dia bertayammum, kemudian dia ingat setelah lewat waktu
solat, maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah, Abu Yusuf dan
Malikiyyah solatnya diqadha', kerana dia telah memperoleh air. Menurut Abu
Hanifah dan Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha', kerana orang
tersebut dianggap tidak memperoleh air. Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan
solat, lalu mengingat bahawa air ada, maka Ulama' sepakat untuk membatalkan
solat dan mengulanginya dengan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin
Tanjung. 1999: 80-81)
Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang
dalam perjalanan) yang bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha'
solatnya bila air sudah ada, kerana tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang
bermuqim. Begitu juga orang yang melakukan perjalanan maksiat, kerana mereka
tidak termasuk orang mendapat rukhsah. Yang mendapat rukhsah tayammum adalah
orang yang melakukan perjalanan mubah, sunat atau wajib. Bagi Ulama'' lain dan
pendapat yang lebih kuat dari golongan Hanabilah solatnya tidak mesti diulang.
(Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 81)
2) Keuzuran untuk menggunakan air:
Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam
rumah tahanan yang terletak di pinggir sungai, dan dia tidak memperoleh izin
keluar mendapatkan air untuk wudu'. Demikian halnya orang yang diikat dipinggir
kali dan orang yang tidak berani keluar rumah mengambil air kerana menurut
biasa ada bahaya yang mengancam jiwanya. Demikian juga orang yang khawatir
diganggu oleh binatang buas atau oleh musuh di tempat yang terdapatnya air,
(Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 117-118)
ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya dalam suatu perjalanan.
(Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 137) Terhadap orang yang berada dalam keadaan
tersebut dibolehkan tayammum, meskipun air ada disekitarnya.
3) Dalam keadaan sakit atau luka:
Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan
tayammum untuk mengangkatkan hadas. Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan, iaitu:
i. Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu,
khawatir akan kehilangan nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat
dari bahagian anggota tubuhnya. Boleh disamakan dengan hal tersebut, iaitu
manakala ia mempunyai penyakit yang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut
menggunakan air yang boleh membahayakan penyakitnya. Orang seperti ini juga
diperbolehkan bertayammum menurut mazhab yang kuat. Ibnu 'Abbas r.a. berkata,
bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat al-Daruqutni, (b) 666 : 413)
Maksudnya:
Maksudnya:
" Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka bisul, lalu berjunub, maka ia takut mati jika mandi, hendaklah ia bertayammum".
ii. Khawatir sakitnya akan bertambah, meskipun tidak
mempengaruhi masa sembuhnya. Atau khawatir lambat sembuhnya, meskipun sakitnya
tidak bertambah. Atau khawatir sakitnya semakin parah, iaitu sakit yang terus
menerus hingga membuatkan badannya kurus. Atau khawatir akan menimbulkan cacat
yang buruk, seperti kulit badan menjadi hitam, seperti anggota bahagian wajah
dan lain-lain.
Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. Qaul yang rajih, membolehkan tayammum. Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk, iaitu dapat membuat kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup.
Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. Qaul yang rajih, membolehkan tayammum. Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk, iaitu dapat membuat kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup.
iii. Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit, seperti ada bekas bintik-bintik atau ada sedikit warna hitam, atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota yang kelihatan (ketika bekerja); atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidak takut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika menggunakan air, walaupun ketika itu ia merasa kesakitan, seperti ada lukanya atau kedinginan atau kepanasan. Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada khilaf. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113-114)
Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui
nasihat dari doktor yang pakar sekalipun bukan muslim, demikian menurut
pendapat golongan Malikiyyah dan Syafi'iyyah. Tetapi bagi golongan Hanafiyyah
dan Hanabilah doktornya di syaratkan seorang muslim. (Dr. A. Rahman Ringota,
Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82)
4) Memerlukan air:
Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi
sekadar untuk wudu' atau mandi, tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan
lain yang akan menyelamatkan jiwanya dari kemudaratan, maka ketika itu ia
dibolehkan bertayammum, meskipun dia memiliki air. Keperluan tersebut adalah
keperluan yang tinggi, bilamana tidak ada air dapat menimbulkan kebinasaan atau
kesulitan, seperti kehausan yang diderita baik oleh manusia mahupun oleh
binatang ternak dan keperluan lainnya. Termasuk juga ke dalamnya keperluan
untuk minuman anjing pemburu atau penjaga kebun. Lain halnya untuk keperluan
orang kafir harbi dan anjing yang tidak dibolehkan Syara' memeliharanya.
Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak menghalangi untuk memakai air).
Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang
lelaki meninggal dunia. Orang tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya
banyak yang kehausan. Maka teman-temannya itu boleh minum air itu dan
mentayammumkan mayat itu sebagai ganti memandikannya. Dan teman-teman yang ikut
minum itu wajib membayar harga air yang diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada
harta warisan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993:
118)
Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah
adalah seperti keperluan untuk memasak, untuk dimasak, dan untuk menghilangkan
najis yang tidak dimaafkan yang melekat di badan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr.
Zainuddin Tanjung. 1999: 82) Jika najis terdapat di pakaian, hendaklah air itu
digunakan untuk berwudu' dan solat dalam keadaan tidak menutup aurat jika tidak
ada penutup (yang suci) lain, dan solat tersebut tidak perlu diulangi.
5) Khawatir kehilangan harta jika mencari air:
Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin
bahawa air akan diperoleh jika dicari, tetapi timbul kekhawatiran akan
kehilangan harta jika pencarian dilakukan, dibolehkan tayammum. Tidak dibezakan
apakah orang tersebut dalam perjalanan atau bermuqim, tidak dibezakan juga
kekhawatiran terhadap harta sendiri atau milik orang lain yang berada di
tangannya. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran terhadap musuh, pencuri atau
kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa mencari air. Kekhawatiran itu
boleh terjadi atas diri sendiri, harta, keamanan atau kekhawatiran terhadap
orang berhutang yang hartanya sedang dalam keadaan yang berkuasa.
6) Keadaan sangat dingin:
Dari 'Amru bin 'Ash r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 334:
238)
Maksudnya:
" Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang dingin ketika peperangan Zatus Salasil, jika aku mandi maka aku khawatir binasa (mati), sebab itu aku bertayammum, kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku (sebagai imam). Setelah para sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada nabi S.A.W, maka beliau bersabda: ' Wahai 'Amr, apakah kamu mengerjakan solat bersama para sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau, alasanku yang membuat aku tidak mandi, dan aku menjawab: Saya ketahui Allah berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri, sesungguhnya Allah Maha Menyayangimu ". Maka Rasulullah S.A.W. tertawa tidak bersabda sesuatu pun."
Maksudnya:
" Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang dingin ketika peperangan Zatus Salasil, jika aku mandi maka aku khawatir binasa (mati), sebab itu aku bertayammum, kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku (sebagai imam). Setelah para sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada nabi S.A.W, maka beliau bersabda: ' Wahai 'Amr, apakah kamu mengerjakan solat bersama para sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau, alasanku yang membuat aku tidak mandi, dan aku menjawab: Saya ketahui Allah berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri, sesungguhnya Allah Maha Menyayangimu ". Maka Rasulullah S.A.W. tertawa tidak bersabda sesuatu pun."
Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari
Nabi, dan iqrar adalah hujjah (suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui
sesuatu yang salah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Maka, jika seseorang
khawatir akan berbahaya menggunakan air kerana terlalu dingin dan air tersebut
tidak dapat di panaskan, dibolehkan tayammum. Golongan Hanafiyyah mensyaratkan
boleh tayammum jika khawatir membawa kematian atau lenyapnya sebahagian anggota
badan. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang junub dan tidak dapat
memanaskan air. Sedangkan bagi orang yang berhadas kecil menurut Hanafiyah
tidak boleh bertayammum dengan alasan sangat dingin.
Sebagaimana golongan Hanafiyyah, golongan Malikiyyah juga
mengaitkan kebolehan tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa
kematian. Sedangkan dari golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan
bertayammum dengan alasan dingin jika sulit memanaskan air atau panasan air
tidak memberikan manfaat (pengaruh). Orang yang bertayammum kerana dingin ini
menurut Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya sama halnya dengan tayammum
kerana sakit. Ini berbeza dengan golongan Malikiyyah dan Hanafiyyah yang
mengatakan solat tidak mesti diqadha'.
7) Tiada alat untuk mengambil air:
Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air
tetapi tidak boleh mendapatkannya. Misalnya ada air pada suatu tempat yang
hanya didapatkan dengan alat-alat tertentu, sementara alat itu tidak ada
padanya, seperti ketiadaan timba pengambil air dari sumur yang dalam, jika
terus diusahakan waktu akan habis. Orang yang solat dengan bertayammum dalam
keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut mazhab yang kuat.
(Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113)
Menurut pandangan golongan Hanabilah, bila seseorang tidak
memiliki alat, dia diharuskan menanyanya dari orang lain supaya air boleh
didapatkan. Kerana suatu yang menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib.
Dalam hal ini mencari alat adalah wajib.
8) Khawatir Kehabisan Waktu Solat:
Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana
takut akan habis waktu solat jika dia mengambil air untuk berwudu', kerana
tayammum ini dilakukan bersamaan dengan adanya air. Lain halnya bagi orang yang
musafir, dia tidak mesti mencari air terlebih dahulu jika khawatir akan habis
waktu solat dan dalam keadaan itu dia dibolehkan tayammum.
Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan
alasan takut habis waktu solat, baik untuk solat jenazah, solat 'id mahupun
untuk solat lima waktu. Seperti golongan Syafi'iyyah, mereka juga mengecualikan
orang yang sedang musafir yang mengetahui adanya air di tempat yang dekat, akan
tetapi jika pemergiannya mencari air itu akan menghabiskan waktu solat
dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan dengan tayammum tersebut tidak
diulang.
Berbeza pula dengan golongan di atas, golongan Hanafiyyah
tidak membolehkan bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu, kerana
takut habis waktu solat kecuali dalam beberapa hal. Pertama, kerana takut habis
waktu solat jenazah atau solat 'id kerana berjemaah adalah syarat sah kedua
solat tersebut. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Kedua, kerana khawatir
akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf) dan berbagai solat sunat yang
mengikut solat fardhu. Tidak sah tayammum apabila takut habis waktu solat
Juma'at, solat wajib lima waktu dan solat witir.
Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana
khawatir habis waktu solat fardhu bila sulit mencari air, kerana memelihara
pelaksanaan solat pada waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan taharah
dengan air. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-84)
Rukun-Rukun Tayammum.
1. Niat:
Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. Sabda
Rasulullah S.A.W melalui hadis yang sahih: (Riwayat al-Bukhari, (b) 1: 1)
Maksudnya:
" Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat".
Maksudnya:
" Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat".
Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana
solat dan wudu' juga, iaitu wajib dikerjakan dengan berniat. Berniat untuk
bertayammum merupakan rukun mengikut kesepakatan Ulama' yang empat, manakala
menurut golongan Hanafiyyah dan sebahagian Hanabilah, ianya merupakan syarat.
(Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 582) Beza antara syarat dan rukun ialah syarat
itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang sedikit, sedangkan rukun tidak
sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia termasuk perbuatan itu
sendiri. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ini bermakna, seseorang yang
hendak tayammum itu wajib berniat untuk membolehkan solat, dan tidak memadai
berniat melenyapkan hadas, kerana hadas seseorang tersebut tidak terangkat
kerana tayammum.
Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W. kepada 'Amru bin al-'Ash
yang sedang berjunub, kerana 'Amru bin al-'Ash bertayammum dan solat
bersama-sama sahabatnya, lalu Nabi S.A.W. bertanya: (Riwayat Abu Daud, (b) 334:
238 )
Maksudnya:
" Wahai 'Amru, Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau, padahal engkau sedang berjunub?"
Maksudnya:
" Wahai 'Amru, Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau, padahal engkau sedang berjunub?"
Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat
Malikiyyah dan Syafi'iyyah: (Riwayat Abu Daud, (b) 314: 206-207)
Maksudnya:
"Wahai Abu Zarr, sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak ada air, sekalipun dengan sepuluh tahun. Apabila engkau mendapati air maka sentuhkanlah air itu ke kulit engkau. Sesungguhnya hal itu lebih baik bagi engkau".
Maksudnya:
"Wahai Abu Zarr, sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak ada air, sekalipun dengan sepuluh tahun. Apabila engkau mendapati air maka sentuhkanlah air itu ke kulit engkau. Sesungguhnya hal itu lebih baik bagi engkau".
Kesimpulan yang dapat diambil dari hadis Nabi S.A.W tersebut
memberi fahaman yang jelas bahawa tayammum itu hanya untuk membolehkan solat,
bukan untuk melenyapkan hadas. Oleh itu dalam masalah ini, jika seseorang
tersebut tayammum berniat untuk membolehkan solat maka termasuk di bawah
niatnya itu empat ahwal (kelakuan):
i. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat
kedua-duanya sekali. Maka boleh ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat
tersebut (solat fardhu dan solat sunat). Dan boleh juga bagi orang solat sunat
sebelum solat fardhu dan sesudahnya di dalam waktu dan di luarnya.
ii. Berniat untuk membolehkan solat fardhu, samada solat lima waktu atau solat nazar. Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut, kerana mereka berniat dengan niat fardhu. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan solat sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya, kerana hal-hal yang sunat mengikut perkara yang fardhu.
iii. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat, tidak berniat untuk membolehkan solat fardhu. Dalam masalah ini, pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut digunakan untuk solat fardhu, kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu. Contohnya, jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf, atau orang junub berniat untuk i'tikaf, maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardhu menurut mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 123)
iv. Berniat untuk membolehkan solat sahaja, tanpa menentukan solat sunat atau sembahyang fardhu. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk membolehkan solat sunat. Maka dalam masalah ini, tidak boleh digunakan tayammum itu untuk solat fardhu, tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja.(Abu Muhammad. t.th: 187)
2. Menyapu ke muka dan dua tangan:
Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan
sebagai rukun tayammum, berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu".
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu".
Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi
fahaman yang jelas, iaitu seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan
kedua-dua tangan mereka dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku
sebagaimana orang yang berwudu' wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan
air hingga sampai ke siku. (Abu Muhammad. t.th: 188)
3. Tertib (berurutan):
Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan
Syafi'iyyah dan Hanabilah. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan.
Namun, golongan Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Sedangkan pada
hadas besar tidak diperlukan tertib. Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas
kecil dilakukan berdasarkan taharah dengan air (wudu'). Bilamana pada wudu'
ditertibkan, maka demikian juga halnya pada tayammum. Golongan Hanafiyyah dan
Malikiyyah menertibkan rukun, dalam hal ini muka dan kedua tangan, hukumnya
sunat. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87)
Syarat-syarat Tayammum
1) Keuzuran menggunakan air:
Di antara syarat-syarat tayammum yang pertama ialah uzur
menggunakan air di sebabkan sakit atau musafir. (Abu Muhammad. t.th: 191) Allah
S.W.T berfirman: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat
buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat
air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)."
Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum
adalah disebabkan salah satu dari hal-hal yang berikut:
i. Takut kehilangan nyawa.
ii. Takut cedera pada anggota yang sakit.
iii. Takut terkena penyakit.
iv. Takut kehilangan manfaat anggota seperti menjadi lemah, cacat atau parut
yang buruk pada anggota yang biasa nampak
.
2) Masuk waktu solat:
Syarat sah tayammum hendaklah sesudah masuk waktu solat dengan
yakinnya samada solat fardhu atau sunat. Tayammum tidak sah bagi orang yang
syak masuk waktu solat. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 58) Ini berdasarkan firman
Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Jika kamu hendak berdiri untuk solat, basuhlah mukamu…"
Dalam ayat ini, berdiri untuk solat itu tentunya setelah
masuk waktu solat. Wudu' dikecualikan dari masalah ini kerana terdapat dalil
yang lain. Sedangkan tayammum masih tetap kerana memandang zahirnya ayat.
(Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 115) Dan Nabi
telah bersabda: (Riwayat al-Bukhari (b), 335: 58)
Maksudnya:
" Dijadikan bumi untukku tempat solat dan suci (tanahnya untuk tayammum).
Maka sesiapa daripada umatku yang mendapat solat (berada pada waktu solat) maka
hendaklah ia solat."
Hadis Baginda Rasul S.A.W. tersebut merupakan dalil wajib
tayammum dan solat itu ialah apabila tidak ada air setelah masuk waktu solat.
(Abu Muhammad. t.th: 191) Selain daripada alasan tersebut, tayammum juga
merupakan bersuci yang dharurat. Sebelum masuk waktu solat tidak terdapat
dharurat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 116)
Adapun menurut Ulama' mazhab Hanafi adalah terkecuali daripada hal ini yang
menyatakan sah bertayammum sebelum masuk waktu solat. (Ar-Rahbawi, 'Abdul
Qadir. 1994: 134) Ulama' Jumhur juga menyatakan tidak sah tayammum kecuali
setelah masuk waktu solat fardhu mahupun solat sunat yang tertentu atau
berwaktu seperti sunat-sunat rawatib. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 565)
3) Mencari air:
Antara syarat diharuskan bertayammum ialah mencari air
setelah masuk waktu solat. Allah S.W.T. berfirman: (An-Nisa': 43)
Maksudnya:
" Maka tidak kamu mendapat air (untuk berwudu' dan mandi junub) maka
hendaklah kamu bertayammum."
Ayat tersebut menyuruh kita bertayammum ketika tidak ada air
untuk berwudu' dan mandi junub, kerana air itu tidak akan ada kecuali dengan
dicari. (Abu Muhammad. t.th: 191) Oleh itu wajib bagi orang yang hendak
tayammum tersebut mencari air terlebih dahulu, samada dengan usahanya sendiri atau
bantuan orang lain, atau bertanya-tanya dari teman-temannya. Mencari air ini
hendaklah dengan memerhati dan mencari air dari bekal perjalanan, pergi
melihat-lihat di sekelilingnya dan walaupun dengan cara membelinya apabila air
itu lebih dari keperluannya dan dengan harga pasaran. Jika diyakini bahawa air
tidak ada atau tempatnya jauh, maka tidak wajib mencarinya. (Hj. Osman b.
Jantan. 1983: 59)
Mengenai batas jauh yang tidak mewajibkan mencari air itu
terdapat perbezaan pendapat di kalangan imam mazhab. Ukuran jauh menurut
golongan Hanafiyyah adalah bila mencapai satu mil, sekitar 1848 meter atau 4000
hasta atau lebih. Menurut golongan Malikiyyah mencapai dua mil.
Golongan Syafi'iyyah memperinci kebolehan tayammum yang
disebabkan ketiadaan air seperti berikut:
i. Jika seseorang telah yakin bahawa air tidak ada di sekitarnya dia boleh
bertayammum tanpa dituntut untuk mencarinya.
ii. Jika meragukan atau mempunyai persangkaan berat terhadap adanya air, maka
dia mesti memeriksa rumahnya dan rumah temannya terlebih dahulu secara
berulang-ulang yang jarak minima 400 hasta atau 184.8 meter. Sebab tayammum itu
bersuci yang dharurat, sedangkan dharurat tidak mungkin terjadi bila
kemungkinan untuk bersuci dengan air masih ada. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin
Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 112) Kalau memang ternyata tidak ditemukan
adanya ada air barulah dia boleh bertayammum.
iii. Sebaliknya jika seseorang meyakini ada air, maka dia mesti mencarinya
sampai menempuh jarak 6000 langkah. Mencari air tidak dituntut jika diyakini
pada jalan yang ditempuh itu tidak ada keamanan atau ada halangan. (Dr. Wahbah
al-Zuhaili. 1984 : 571-572)
4) Terhalang menggunakan air:
Syarat yang keempat tayammum iaitu terhalang menggunakan
air, seperti seseorang yang mendapat air, dan ia tidak boleh menggunakan air
itu kerana sakit atau takut berpisah dengan rakannya yang bersama dalam
perjalanan yang akan membahayakan dirinya, (Abu Muhammad. t.th: 191-192) atau
ia memerlukan air itu kerana dahaganya, manusia atau haiwan yang muhtaram (yang
dihormati nyawanya), samada keperluan itu pada ketika itu ataupun pada masa
akan datang. Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah
disebabkan juga khawatir akan keselamatan dirinya dari bahaya seperti gangguan
binatang buas atau musuh, dan seterusnya takutkan harta bendanya dicuri orang
atau perompak. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59).
5) Tanah yang suci:
Tidak sah tayammum seseorang kecuali dengan menggunakan debu
(tanah) yang suci, murni, belum pernah digunakan, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin
Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118-119) dan tidak terkena najis. Ini
berpandukan firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6)
Maksudnya:
" Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih)."
Menurut golongan Malikiyyah adanya tanah yang suci merupakan
rukun, sedangkan bagi Ulama' yang lainnya merupakan syarat. (Dr. A. Rahman
Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87) Para ahli bahasa sepakat bahawa
'sha'id' dalam ayat tersebut ialah permukaan bumi, baik yang berupa tanah
berdebu atau bukan, (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 141) berdasarkan hadis Abu
'Umamah bahawasanya bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313)
Maksudnya:
"Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat
bersuci."
Maka pengertian sha'id atau tanah di sini menurut Malikiyyah
yang bersependapat juga oleh Hanafiyyah adalah bahagian bumi yang naik atau
yang muncul ke permukaan yang disebut juga tanah atau debu. Termasuk ke
dalamnya tanah, pasir, batu kerikil dan kapur (untuk mengapur rumah) yang belum
dibakar dengan api. Semua yang termasuk pengertian ini boleh digunakan untuk
bertayammum menurut Malikiyyah dan Hanafiyyah. Selain itu, boleh juga
bertayammum dengan barang-barang galian, selain emas, perak dan permata atau
mutiara, selama belum dipindahkan dari tempatnya. Begitu juga dengan salji yang
membeku, baik yang berada di laut mahupun di bumi.
Menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tayammum mesti
di lakukan dengan tanah yang suci dan berdebu yang dapat menempel di tangan.
(Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87-88) Hal ini berdasarkan
hadis dari Huzaifah, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Muslim, (b) 121:
210-211)
Maksudnya:
" Seluruh bumi itu dijadikan masjid bagi kami, dan 'tanahnya' dijadikan
tanah yang boleh mensucikan jika kami tidak menemukan air."
Di sini Rasulullah S.A.W. mengalihkan pembicaraan dari bumi
lalu menyebutkan tanah yang mengkhususkan sifat suci yang mensucikan terhadap
tanah. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120)
Kemudian, disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk
bertayammum itu hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut:
i. Harus bagi tanah itu tidak keluar dari keadaan
semulajadinya kepada keadaan lain yang dapat mencegah dari dikatakannya sebagai
"tanah". Seandainya tanah itu dibakar sampai menjadi abu, atau
menjadi tembikar yang telah ditumbuk halus, maka tidak boleh digunakan untuk
tayammum.
ii. Bertayammum dengan menggunakan pasir sekiranya pasir itu kasar yang apabila
dilemparkan tidak mengeluarkan debu, maka tidak boleh digunakan untuk
bertayammum. Jika pasir itu halus maka boleh menggunakannya untuk bertayammum.
Justeru, sekiranya tanah yang dicampur dengan pasir yang halus, tidak sah
tayammumnya. Akan tetapi jika seseorang memukulkan tangannya ke kain, kantung
atau permaidani, lalu melekat di tangannya debu, maka dia boleh bertayammum
dengan debu tersebut. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 88)
iii. Tanah yang digunakan untuk bertayammum itu harus suci berdasarkan firman
Allah S.W.T dan sabda Rasulullah S.A.W mengenai tanah yang suci. Ini adalah
kerana air yang bernajis tidak boleh digunakan untuk bersuci, maka demikian
juga tanah yang menggantikan air wudu' atau janabah tidak boleh digunakan untuk
bertayammum.
iv. Disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk tayammum harus tanah yang murni
iaitu tanah yang tidak dicampur dengan tepung atau lain sebagainya walaupun
sedikit tanpa ada khilaf di kalangan Fuqaha'.
v. Tanah yang digunakan untuk tayammum itu tidak boleh yang musta'mal (yang
telah digunakan) sebagaimana air yang musta'mal. Yang dimaksudkan dengan
musta'mal pada tanah ialah yang menempel pada anggota badan atau yang sudah
menyentuh badan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad.
1414H/1993: 120-121)
Sunat-Sunat Tayammum
Para Ulama' Fiqh berbeza-beza pandangan dalam menetapkan
sunat-sunat tayammum. Ada yang dipandang sunat bagi satu mazhab, tetapi
dipandang wajib oleh yang lain atau sebaliknya. Tayammum mempunyai beberapa
perkara sunat sebagaimana berikut:
i. Membaca Basmalah. Tetapi menurut Ulama' Hanabilah,
membaca Basmalah itu hukumnya wajib, jika ditinggalkan dengan sengaja batallah
tayammum, dan kewajipan ini menjadi gugur jika lupa atau memang kerana tidak
tahu sedangkan tayammum itu seperti wudu'. Hal itu berdasarkan sabda
Rasulullah: (Riwayat at-Tirmizi, (b) 25: 114)
Maksudnya:
" Tiada wudu' bagi orang yang tidak menyebutkan nama Allah atasnya".
ii. Bersiwak atau menggosok gigi, iaitu di antara membaca
Basmalah dengan memindahkan tanah ke anggota tayammum, (Dr. Wahbah al-Zuhaili.
1984 : 206) berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa
Nabi S.A.W. bersabda: (Riwayat Muslim, (b) 23: 138)
Maksudnya:
" Jikalau tidak khawatir akan memberatkan umatku, nescaya kuperintahkan
mereka menggosok gigi setiap kali hendak berwudu'."
iii. Mendahulukan menyapu bahagian atas muka lalu
meluncurkan ke bawah dagu.
iv. Memukulkan bahagian dalam telapak tangan ke tanah yang akan dipakai
tayammum. Hanya saja Ulama' Maliki menyatakan bahawa pukulan pertama adalah
rukun manakala pukulan kedua untuk disapu ke tangan hingga siku adalah sunat
(Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 90). Hal itu berdasarkan
hadis 'Ammar di dalamnya disebutkan: (Riwayat ad-Daruqutni, (b) 671: 416)
Maksudnya:
" Nabi memukulkan kedua telapak tangannya ke tanah".
Dan Menurut riwayat ad-Daruqutni, nabi S.A.W. bersabda:
(Riwayat ad-Daruqutni, (b) 690: 191-192)
Maksudnya:
" Sesungguhnya cukuplah bagimu memukulkan kedua telapak tanganmu ke tanah
".
v. Merenggangkan jari-jemari di saat ditepukkan ke tanah,
agar debu dapat masuk ke celah-celah jari.
vi. Meneguhkan tangan atau meniupnya agar tanah yang melekat di tangan menjadi
tipis. Hal ini berdasarkan pada hadis 'Ammar yang lalu. Dalam hadis itu
disebutkan: (Riwayat Ahmad, (b) 18294: 362)
Maksudnya:
" Dan Nabi meniup kedua tangannya..".
vii. Menanggalkan cincin dalam pukulan pertama, sedang dalam
pukulan kedua hukumnya fardhu. Tetapi menurut Ulama' Hanafiyyah, cukup
menggerakkannya atau menggeser-geserkannya. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994:
143) Ini berbeza dengan berwudu' kerana tanah tidak boleh sampai ke bawah jari
yang bercincin itu. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993:
127)
viii. Tertib, yakni memulai dengan menyapu muka lebih dulu sebelum menyapu
tangan adalah sunat menurut golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah. Sedangkan
menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tertib ini adalah fardhu. Hal itu
berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.: (Riwayat Muslim, (b) 2950: 513-514)
ابدأ بما بدأ الله به.
Maksudnya:
" Mulailah dengan apa yang dimulai Allah".
ix. Tayamun, yakni mendahulukan menyapu tangan kanan sebelum
tangan kiri, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.: (Riwayat Muslim, (b) 2185:
378)
Maksudnya:
" Mereka memulakan dengan tangan kanan".
Dan demikian Sabda Baginda Rasul S.A.W. riwayat Aishah r.a:
(Riwayat al-Bukhari, (b) 168: 502)
Maksudnya:
" Baginda Rasul S.A.W. suka pada perkara-perkara yang sebelah kanan ketika
memakai kasut, bersikat, bersuci dan semua pekerjaannya."
x. Mencelah-celahi anak jari sesudah menyapu dua tangan.
(Abu Muhammad. t.th: 193) Demikian juga menyela-nyelai janggut menurut Ulama'
Hanafiyyah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 145)
xi. Menggosokkan-gosokkan (al-dulk) tangan kepada anggota tayammum seperti
dalam wudu', dan tidak mengangkat tangan dari anggota tayammum sebelum sempurna
menyapu anggota tayammum tersebut. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 602)
xii. Muwalat, yakni berturut-turut sehingga antara menyapu muka dengan kedua
tangan tidak terpisah lama atau tidak terpisah oleh sesuatu apa pun di antara
fardhu-fardhu tayammum. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 145) Malikiyyah dan
Hanabilah memandang bahawa berturut-turut itu merupakan rukun atau wajib
tayammum. Namun, Hanabilah lebih mengkhaskan pada hadas kecil seperti halnya
dengan hukum tertib. Selain kewajipan berkesinambungan dalam menyapu anggota
tayammum, Malikiyyah mewajibkan adanya kesinambungan antara tayammum dengan
pelaksanaan solat dan ibadah lain dimana tayammum itu diuntukkan padanya. (Dr.
A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87)
xiii. Membaca doa yang dianjurkan di saat membasuh muka dan tangan dalam
berwudu'. Doa itu dibacanya pula ketika menyapu muka dan tangannya dalam
bertayammum. Demikian pula disunatkan membaca doa sesudah selesai tayammum
dengan doa sesudah berwudu', seperti membaca dua kalimah Syahadah dan
sebagainya.
xiv. Menghadap kiblat ketika bertayammum.
xv. Disunatkan melebihi menyapu dari batas siku. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr.
Zainuddin Tanjung. 1999: 90)
xvi. Mengiringi tayammum dengan solat dua rakaat dikiaskan pada wudu'. (Dr.
Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 602)
Perkara-perkara sunat tersebut di antaranya ada yang sunnah
dan ada pula yang mandub atau anjuran. Barang siapa melakukannya mendapat
pahala atas perbuatannya itu tetapi yang tidak mengerjakannya pun tidaklah
berdosa dan tayammumnya tetap dipandang sah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994:
144-146)
Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum
1) Perkara yang membatalkan wudu':
Tayammum terbatal oleh segala apa yang membatalkan wudu' dan
mandi kerana tayammum adalah gantian kepada keduanya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili.
1984 : 604) Jika bertayammum seseorang yang sudah dianggap sah kerana memenuhi
syarat-syaratnya, lalu dia berhadas, maka batallah tayammumnya. Ini adalah
kerana tayammum itu bersuci yang dapat menyenangkannya melakukan solat, jadi
tayammum itu terbatal dengan sebab berhadas sebagaimana yang berlaku pada
wudu'. Batalnya ini tidak dibezakan antara tayammum dengan sebab ketiadaan air
atau tayammum ketika ada air seperti tayammum bagi orang yang sakit. (Imam
Taqiyudddin Abu Bakar b. Muhammad al-Husaini.1993: 128)
Sungguhpun begitu, jika seseorang itu bertayammum kerana
berhadas besar kemudian terbatal tayammumnya tidak akan mengembalikannya kepada
hadas besar, akan tetapi dia hanya dianggap orang yang berhadas kecil. Maka
harus baginya membaca al-Quran, masuk ke masjid dan diam di dalamnya.
(Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165) Akan tetapi wajib baginya mandi
apabila sudah ada air atau bila telah hilang sebab uzur yang membolehkannya
tayammum. Dalam pada itu, golongan Malikiyyah mengatakan, jika orang yang
bertayammum dari janabah itu berhadas kecil, maka batallah tayammumnya dari
hadas kecil dan hadas besar sekaligus. Disebabkan itu, haramlah bagi orang itu
melakukan segala apa yang haram dilakukan oleh orang yang junub sehingga ia
mengulangi tayammumnya lagi. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 148)
2) Hilangnya kesulitan yang mengharuskan tayammum:
Di antara yang membatalkan tayammum ialah hilangnya
kesulitan atau keuzuran yang menjadi penyebab boleh bertayammum seperti
beredarnya musuh atau binatang buas, hilangnya kesakitan dan kesejukan, adanya
alat yang boleh menyampaikan pada air dan terlepas dari tahanan atau penjara
yang tidak terdapat air padanya. Ini kerana apa yang mengharuskan tayammum
kerana uzur akan membatalkan tayammum itu kerana hilangnya keuzuran. (Dr.
Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604)
3) Melihat air dan sanggup memakai air:
Sekiranya seseorang bertayammum kerana tidak ada air,
kemudian mereka melihat air seumpama turun hujan sebelum mereka solat maka
batallah tayammum tersebut. (Abu Muhammad. t.th: 196) Ini berdasarkan hadis Abu
Zarr r.a: (Riwayat Abu Daud, (b) 313: 205-206)
Maksudnya:
" Tanah yang baik itu alat bersuci bagi orang Islam, sekalipun tidak
engkau perolehi air sepuluh tahun lamanya. Maka jika engkau telah mendapat air,
hendaklah engkau sentuhkan air itu ke kulit engkau, kerana yang demikian itu
lebih baik bagi engkau. "
Dalam hal ini telah berkata Nafi': (Al-Siddieqy, Prof. Dr.
T.M. Hasbi. 1980: 561)
" Ibnu 'Umar telah bertayammum di tempat yang jauhnya dari Madinah
kira-kira satu atau dua batu sahaja dan bersolat Asar. Kemudian tibalah beliau
ke Madinah sedangkan hari masih terang, beliau tidak mengulangi lagi solat
Asarnya itu."
Melihat air atau sanggup memakai air yang memadai walaupun
satu kali menurut golongan Hanafiyyah manakala menurut golongan Malikiyyah dan
Hanabilah asal melihat atau menemukan air walaupun tidak memadai untuk wudu'
atau mandi sudah membatalkan tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin
Tanjung. 1999: 91) Maka, apabila seseorang itu melihat atau mendapatkan air
sesudah bertayammum tetapi masih belum solat wajiblah atasnya berwudu' untuk
bersolat menurut pendapat para Fuqaha'. (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi.
1980: 560) Jika seseorang bertayammum kerana sakit atau seumpamanya, bukan
kerana ketiadaan air lalu melihat air tidaklah batal tayammumnya. (Hj. Osman b.
Jantan. 1983: 63)
4) Habis waktu solat:
Hanabilah telah memberi tambahan dalam perkara yang
membatalkan tayammum iaitu habis waktu solat, kerana tayammum dilakukan untuk
solat. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka terbatal
tayammum itu secara mutlak samada disebabkan hadas besar, atau terdapat najis
dibadannya melainkan solat jumaat yang tidak membatalkan tayammum apabila habis
waktu. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165-166)
5) Murtad (riddah):
Orang yang murtad atau keluar dari agama Islam membatalkan
tayammumnya menurut golongan Syafi'iyyah. Ini adalah kerana tayammum itu untuk
membolehkan solat, dan keharusan solat dengan tayammum itu tidak ada lagi
disebabkan riddah. Masalah ini berlainan dengan masalah wudu' dan mandi junub,
kerana wudu' dan mandi junub itu melenyapkan hadas, bukan untuk membolehkan
solat sahaja. Perlu ditegaskan juga bahawa semua amal ibadat yang dikerjakan
oleh orang yang murtad itu telah tersia-sia belaka, dan tidak diterima Allah
S.W.T. demikian pula hilang pahalanya, sedangkan tayammum itu termasuk di bawah
amal ibadat. (Abu Muhammad. t.th: 198) Akan tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan
yang lain tidak membatalkan tayammum disebabkan murtad seperti halnya pada
persoalan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91)
6) Tempoh yang panjang antara tayammum dan solat:
Tayammum terbatal dengan adanya tempoh yang panjang di
antara tayammum dan solat menurut golongan Malikiyyah kecuali yang lainya. Ini
adalah kerana menurut mereka muawalat (berturut-turut) di antara tayammum dan
solat adalah rukun tayammum. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 606)
Kaifiat Tayammum
1. Kaifiat tayammum dalam keadaan biasa
Kaifiat tayammum haruslah dilakukan mengikut fardhu yang
telah digariskan oleh para Fuqaha'. Dengan ini haruslah diketahui cara-cara dan
kaedah yang betul sebelum seseorang itu melakukan amalan tayammum di samping
mengenalpasti kebolehan untuknya bertayammum itu memenuhi segala syarat atau
sebaliknya. Harus diketahui juga bahawa cara bertayammum untuk hadas besar
adalah sama caranya dengan tayammum untuk hadas kecil manakala kadar yang dapat
dikerjakan dengan sekali tayammum itu ialah satu perkara wajib (fardhu) dan
beberapa perkara sunat. Berikut ini adalah kaifiat-kaifiat untuk bertayammum:
i. Membaca Basmalah sambil meniatkan untuk mengharuskan
solat, tawaf, menyentuh al-Quran atau sebagainya yang dimaksudnya dengan
tayammum.
ii. Kemudian menepuk dua tapak tangan ke debu dengan jari terbuka. Setelah
ditiup atau dilaga-lagakan kedua-dua tangan untuk menipiskan debu-debu yang
melekat padanya, lalu disapukan ke muka sekali saja. Niat mestilah dilakukan
pada permulaan memindahkan tanah ke tapak tangan dan hendaklah berkekalan
hingga menyapu sebahagian daripada muka sebagaimana pendapat Syafi'iyyah. Lafaz
niat iaitu:
Maksudnya:
" Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardhu solat kerana Allah
Taala".
Cara menyapu muka adalah dengan menyapu
bahagian atas muka lalu meluncurkan ke bawah manakala kawasan muka ialah dari
gigi rambut ke bawah dagu dan dari telinga kanan ke telinga kiri sebagaimana
dalam wudu'. Bezanya ialah, jika dalam wudu' wajib menyampaikan air ke
celah-celah janggut atau misai yang tebal, maka dalam tayammum hal itu tidak
diwajibkan menurut mazhab yang kuat kerana sukar. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin
Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 124) Kemudian tapak tangan itu
ditepuk-tepukkan terlebih dahulu untuk membuang debu musta'mal (yang telah
digunakan) yang masih melekat ditangan.
iii. Selepas itu ditekap sekali lagi pada debu tadi untuk kali kedua lalu
ditipiskan dengan meniup atau meneguh kedua-dua tangan. Kemudian tapak tangan
kanan menyapu tangan kiri hingga ke siku, sementara tapak tangan kiri menyapu tangan
kanan hingga ke siku. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 62) Cara menyapu tangan
adalah dengan menyapu tangan kanan dengan meletakkan jari tangan kiri selain
ibu jari ke bawah jari tangan kanan. Kemudian dilurutkan jari-jari tangan kiri
hingga ke pergelangan tangan kanan dan digenggam sedikit dan dilurutkannya pula
hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan
lurutkan ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dan kedudukan ibujari dalam
keadaan terangkat. Seterusnya melurut ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan
dan begitulah sebaliknya dengan menyapu tangan kiri. Seandainya ditengah-tengah
mengusap anggota tayammum dia terangkat tangannya kemudian dikembalikan semula,
hukumnya boleh menurut qaul yang rajih dan tidak perlu mengambil tanah lagi.
(Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 126)
iv. Tertib, iaitu mendahulukan menyapu muka, kemudian baru menyapu kedua tangan
hingga dua siku. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59-60) Manakala menurut golongan
Hanafiyyah dan Malikiyyah bahawa tertib itu hukumnya sekadar sunat, bukan
rukun. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 144)
2. Kaifiat tayammum bagi pesakit berbalut
Bagi orang yang berhadas besar atau kecil yang
hendak berwudu' atau mandi janabah, padahal ada anggotanya yang tidak boleh
terkena air, sebagai ganti anggotanya yang demikian itu hendaklah ia
menyampaikan serta meratakan air ke seluruh anggota tubuh badannya yang lain,
kecuali anggota yang tidak boleh terkena air itu.
Kaedahnya ialah samada bertayammum dahulu
kemudian membasuh anggota-anggota yang lain atau membasuh anggota-anggota yang
lain dahulu kemudian baru bertayammum. Kedua-dua cara ini boleh dilakukan
kerana tiada disyaratkan tertib bagi mengangkatkan hadas besar, sebabnya hukum
seluruh badan adalah seperti satu anggota sahaja.
Bagi orang yang berhadas kecil yang hendak
mengangkat hadasnya padahal ada anggotanya yang tidak boleh terkena air,
sebagai ganti anggotanya yang demikian itu hendaklah ia bertayammum. Apabila
sampai membasuh anggota yang tidak boleh terkena air itu kerana mengikut
tertib. Jika sekiranya ada dua anggota wudu' yang tidak boleh terkena air, maka
wajib ia bertayammum dua kali. Jika sekiranya ada tiga anggota wudu' yang tidak
boleh terkena air itu, maka wajib bertayammum tiga kali. Tetapi jika
keempat-empat anggota wudu' kesemuanya tidak boleh terkena air, maka hanya satu
tayammum sahaja yang wajib sebagai ganti daripada wudu'nya. (Hj. Osman b.
Jantan. 1983: 63-64)
Sebagai contoh dikemukakan 2 jenis keadaan
sakit yang berlainan beserta cara yang betul untuk bertayammum:
Contoh pertama: Terdapat luka di tangan:
i. Mula-mula hendaklah dibasuh muka, kemudian bertayammum sebagai ganti
membasuh tempat luka itu. Kemudian membasuh bahagian tangan yang tidak luka,
lalu menyapu sebahagian kepala.
ii. Atau mula-mula hendaklah dibasuh muka, kemudian ia membasuh bahagian tangan
yang tidak luka kemudian ia bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka.
Kemudian menyapu kepala, tidak sah jika ia mendahulukan tayammum sebagai ganti
membasuh anggota tangan yang luka itu dengan mengkemudiankan tayammum sebagai
ganti membasuh anggota tangan yang luka dengan mendahulukan pula menyapu
sebahagian daripada kepala, kerana tidak ada tertib dalam pekerjaan yang
demikian itu.
Contoh kedua: Luka di tangan dan kaki.
i. Mula-mula hendaklah dibasuh muka dengan air, kemudian bertayammum dan
membasuh anggota tangan yang baik; ataupun membasuh anggota tangan yang baik
dan bertayammum kemudiannya. Kemudian menyapu sebahagian daripada kepala dengan
air dan selepas itu bertayammum lagi dan membasuh anggota kaki yang baik;
ataupun membasuh anggota kaki yang baik dan bertayammum kemudiannya. (Hj. Osman
b. Jantan. 1983: 64)
Hikmat Bertayammum
1. Tayammum suatu rahmat Allah kepada hambaNya
Di antara kelebihan Allah S.W.T ke atas umat
Islam ialah mengangkatnya daripada kesempitan dan kesusahan dalam segenap
aspek, dan meringankan daripadanya pula. Keringanan dan mengangkat kesempitan
di dalam tanggungjawab Syari'e amat jelas bagi setiap muslim. Maka tidaklah
suatu tanggungjawab itu merupakan bebanan, atau suatu perintah daripada urusan
syariat pula menyusahkan manusia untuk melaksanakannya, melainkan terdapatnya
rahmat dan keringanan daripada Allah S.W.T yang mengangkat bebanan itu
seluruhnya.
Hal ini dapat dilihat sebagaimana solat adalah dikecualikan kepada perempuan
yang didatangi haid dan nifas, puasa dikecualikan kepada orang sakit yang
berpanjangan, ibadat haji tidak diwajibkan kepada yang tidak berkemampuan,
peperangan dikecualikan kepada orang sakit, lemah, buta dan sebagainya.
Perkara ini dapat juga didapati dengan
keringanan suatu tanggungjawab mengikut kadar kemampuan dan kudrat seseorang
tanpa adanya masyaqqah (kesusahan) seperti orang yang lemah untuk bersolat
sambil berdiri dibenarkan solat dalam keadaan duduk, harus mengqasar dan
menjamakkan solat bagi musafir dan diharuskan juga berbuka puasa di bulan
ramadhan dan diqadha' puasa itu selepasnya. Sebagaimana firman Allah S.W.T:
(Al-Baqarah: 185)
Maksudnya:
" Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tiada menghendaki kesukaran".
Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 28)
Maksudnya:
" Allah menghendaki supaya meringankan bagimu (peraturan agama), kerana
manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah".
Dengan demikian, ibadat tayammum yang sampai
perintahnya untuk memukul ke atas tanah untuk disapu ke muka dan dua tangan
adalah sebagai ganti wudu' dan mandi janabah apabila didapati bersih.
(Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Ia merupakan suatu rukhsah (kemudahan
yang diberi oleh Syara') bagi orang yang tidak boleh menggunakan air kerana
sakit atau dalam musafir, atau kerana tidak ada air, atau sukar untuk mendapat
air.
Hadis Baginda Rasulullah S.A.W yang
diriwayatkan daripada Jabir r.a: (Riwayat Abu Daud, (b) 336: 239)
Maksudnya:
" Kami telah keluar mengembara maka salah seorang daripada kami terkena
batu, lalu luka kepalanya, kemudian ia bermimpi jimak maka ia bertanya kepada
para sahabatnya: Adakah kamu dapati jalan yang memberi kemudahan kepadaku untuk
bertayammum? Mereka menjawab: Kami tidak dapati jalan untuk memberi kemudahan
kepada engkau, sedang engkau masih boleh menggunakan air. Kemudian dia mandi
yang menyebabkan dia mati. Kemudian ketika kami sampai kepada Nabi S.A.W.
diceritakan peristiwa itu kepada Baginda, lalu Nabi S.A.W. bersabda: Mereka
bunuh dia, Allah akan membunuh mereka. Mengapa mereka tidak bertanya ketika
mereka tidak tahu. Sesungguhnya ubat keraguan (kebodohan) itu ialah bertanya.
Sebenarnya sudah memadai (sudah cukup) ia bertayammum sahaja dan membalut
lukanya. Kemudian disapunya dengan air di atas pembalut lukanya tadi dan
membasuh semua badannya yang lain."
Nas-nas tersebut merupakan dalil bahawa
tayammum itu suatu rukhsah (kemudahan) yang dikurniakan Allah bagi orang yang
mengalami kesukaran untuk melaksanakan urusan agama. Kemudahan ini ialah kerana
Allah S.W.T tidak memberatkan dan membebankan hamba-Nya dalam melaksanakan
urusan tersebut di luar kemampuan mereka.(Abu Muhammad. t.th: 182-185) Firman
Allah S.W.T lagi: (Al-Hajj: 78)
Maksudnya:
" Dan Dia (Allah) menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah
payah dalam perkara agama."
Hikmat bertayammum ini termasuk dalam bahagian
hikmat ta'abbudi, iaitu perbuatan yang tidak diterangkan tuhan hikmatnya, hanya
yang dapat diketahui orang semata-mata syaratnya sahaja, iaitu agar solat
jangan sampai ditinggalkan dengan sebab ketiadaan air, padahal ketiadaan air
itu hanya buat sementara waktu sahaja. Maka dengan mudah sekali orang mencari
alasan untuk meninggalkan solat. Padahal menurut hukumnya, solat tidak boleh
samasekali ditinggalkan dalam keadaan macam mana sekalipun. Di sini juga,
terdapat dua hikmat yang terbesar amalan bertayammum:
i. Menghinakan diri yang condong kepada
kejahatan dengan meletakkan tanah ke muka anggota yang paling mulia.
ii. Menyatakan kemuliaan, syariat Nabi Muhammad S.A.W. yang mana tayammum itu
tidak dilakukan di masa umat-umat yang terdahulu. (Hj. Osman b. Jantan. 1983:
65)
Kesimpulan
Melalui penjelasan yang telah dinyatakan di
dalam bab ini, dapatlah kita fahami bahawa amalan tayammum merupakan antara
ibadat yang penting sepertimana juga ibadat-ibadat lain yang menjadi kefardhuan
kepada umat Islam. Ini adalah kerana Allah S.W.T telah menggariskan mengenai
syariat bertayammum di dalam al-Quran dan Hadis dengan sejelas-jelasnya yang
mana ia sebagai suatu kemudahan bagi umatNya dalam melaksanakan perintahNya.
Ini seterusnya membuktikan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T
kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
No comments:
Post a Comment