"BARANG SIAPA YANG MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA. ALLAH MEMASUKKANYA KEDALAM SYURGA YANG DI DALAMNYA MENGALIR SUNGAI-SUNGAI, DAN KEKAL DIDALAMNYA(SYURGA) "
Solat menurut bahasa ialah doa
menurut syarak solat ialah ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan di akhiri dengan salam.
Hukum : wajib dan fardu'ain bagi yang sudah mukallaf
RUKUN SOLAT
1.
Takbiratul Ihram
2. Niat
3. Berdiri betul
4. Membaca al-Fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk di antara 2 sujud
9. Duduk Tahiyat Akhir
10. Membaca Tahiyat Akhir
2. Niat
3. Berdiri betul
4. Membaca al-Fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk di antara 2 sujud
9. Duduk Tahiyat Akhir
10. Membaca Tahiyat Akhir
11. Membaca Selawat kepada Rasulullah SAW
12. Salam
13. Tertib
12. Salam
13. Tertib
SYARAT-SYARAT SOLAT
Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat
taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.
SYARAT WAJIB SOLAT
Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya
ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran
atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan
pekak.
6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada
mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.
SYARAT SAH SOLAT
Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan
kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang
bergantung kepadanya.
Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada
dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang
tahu mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).
CARA PERLAKSANAAN SOLAT
No comments:
Post a Comment